KUALA LUMPUR : Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menganjurkan Larian Wira 2023 sebagai inisiatif bagi menghargai jasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Dataran Merdeka pada 29 Oktober.
LTAT menerusi kenyataannya pada Ahad menyatakan, acara yang diadakan kali kedua itu juga merupakan sebahagian usaha bagi memupuk penghargaan terhadap jasa ATM yang berkorban nyawa dan mempertahankan kedaulatan negara.
“Acara Larian Wira yang memasuki tahun kedua penganjuran ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan memupuk rasa penghargaan kepada anggota-anggota ATM di kalangan semua lapisan masyarakat.
“Ia juga bagi menzahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga dan sebagai tanda penghormatan kepada anggota-anggota ATM di atas keberanian mereka berkhidmat untuk negara.
“Pada tahun ini, Larian Wira menawarkan pelbagai kategori untuk memenuhi pilihan larian yang berbeza yang terdiri daripada Separa Marathon 21.1km, 10km dan 5km dengan hampir 7,500 penyertaan termasuk 1,500 peserta dalam kalangan warga ATM, staf LTAT dan syarikat Kumpulan LTAT.
"Larian Wira turut disertai 100 pelajar tajaan Yayasan LTAT,” menurut kenyataan tersebut.
Sementara itu, Ketua Eksekutif LTAT, Datuk Nazim Rahman berkata, pemilihan Dataran Merdeka sebagai lokasi acara juga merupakan simbolik penting ekoran lokasinya yang menjadi mercu tanda penting memperingati hari kemerdakaan.
Pelepasan larian akan disempurnakan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Mohammad Abdul Rahman diiringi Tan Sri Raja Affandi bin Raja Mohamed Noor (Bersara).
Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan kepada para peserta larian dan orang ramai bagi menambahkan lagi keterujaan pada acara tersebut seperti Obstacle Course Challenge, Military Fitness Challenge, Karnival Kanak-kanak, cabutan bertuah, food truck dan banyak lagi.
Hilmi Malik
Sun Oct 29 2023
Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan kepada para peserta larian dan orang ramai bagi menambahkan lagi keterujaan pada acara tersebut. - Foto fail/Dagang News
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Mei 2024.
Hubungan diplomatik Malaysia-China raih pencapaian penting - Teo
Malaysia dan China telah meraih pencapaian penting dalam setengah abad hubungan diplomatik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Tumpuan Selasa –21 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KP Kementerian Luar Singapura dijatuhkan hukuman penjara, salah guna beg diplomatik
Oh menghadapi dua pertuduhan menipu kerana menyalahgunakan perkhidmatan beg diplomatik.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
Peluru berpandu antikereta kebal 'KARAOK' diserah kepada ATM awal 2026
Dengan penghantaran itu, Malaysia akan menjadi negara luar pertama memperoleh peluru berpandu antikereta kebal terbaharu syarikat berkenaan yang digunakan tentera Turki.
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis
ATM wajar mengkaji dsemula segala seksyen sedia ada bagi membolehkan penglibatan pasukan simpanan tentera darat dalam operasi teras.
MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga
Kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah-sekolah angkatan tentera.
Maktab Tentera Diraja (RMC) bukan institusi 'biasa-biasa' - Khaled Nordin
Penubuhan Maktab Tentera Diraja (MTD) atau RMC merupakan satu agenda nasional yang penting yang bakal menyertai ketumbukan pertahanan negara.
Veteran ATM di Sabah boleh mohon Rumah Mesra SMJ
Anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sabah yang tidak mempunyai kemampuan memiliki atau membina rumah sendiri boleh memohon Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).
Siasatan salah guna kuasa pegawai ATM, semua faktor akan diteliti - Adly
Kementerian Pertahanan memberi jaminan akan melihat semua faktor termasuk pengasingan kuasa agar siasatan berkaitan salah guna kuasa oleh ATM dilakukan dengan lebih terbuka.
Tular: ATM sahkan terima laporan dakwaan salah guna kuasa, kekerasan pegawai kanan
TDM mengesahkan telah menerima laporan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan menggunakan kekerasan oleh seorang pegawai kanan TDM di Sarawak.
Veteran ATM terus disantuni menerusi PPV
Veteran ATM terus disantuni menerusi siri Program Peduli Veteran yang memfokuskan aspek kebajikan veteran dan keluarga.
Polis Perak berkas suspek terlibat 20 kes samun di ATM
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata lelaki warga tempatan berusia 39 tahun itu kini direman bagi membantu siasatan.